Powered By:-

BAGAIMANA MENDAPATKAN RM88,572.00 DENGAN MODAL HANYA RM70 SEKALI SEUMUR HIDUP? CLICK HERE..

Tuesday, March 30, 2010

TEKNIK PENCARIAN PROFESIONAL MELALUI ENJIN PENCARI (SEARCH ENGINE)

Pada langkah permulaan, Enjin Pencari (Search Engine) seperti Google amat penting kepada para Usahawan Internet baru untuk memilih bisnes yang sesuai untuk diceburi.

Melalui pembacaan dan kajian saya, disini terdapat beberapa petua berkesan untuk mencari maklumat dengan lebih efisyen di internet:-

1. Belajar untuk berfikir melalui pencarian kita.
– Di sini kita perlu memikirkan kata kunci unik yang dapat melambangkan maklumat yang ingin kita cari. Kita juga perlu memikirkan cara yang terbaik bagaimana untuk mengaitkan kata-kata kunci ini melalui pencarian kita.

2. Cuba pencarian kita dengan enjin pencari meta.
-Enjin ini dapat memberikan kita peluang terbaik untuk kita mencari maklumat kerana ia menggunakan khidmat beberapa enjin pencari terkemuka serentak.

3. Gunakan 1 atau 2 enjin pencari am yang paling berkesan
-Contohnya Google atau Yahoo.

4. Gunakan direktori maklumat khusus.
-Apabila kita berjaya mencari “lombong emas” maklumat yang kita ingini, simpan lokasi direktori dengan “bookmark address” tersebut. Jadi maklumat yang kita ingini akan sentiasa di hujung jari sahaja.

5. Gunakan teknologi RSS Feed.
-Dengan kaedah ini, kita boleh mendapat sesuatu maklumat dan perkembangan berita terkini sesuatu laman web bermaklumat yang telah kita lawati secara berterusan.

Jadi saya percaya dengan menggunakan teknik-teknik di atas, pencarian kita tentang sesuatu maklumat akan menjadi mudah daripada pencarian tanpa menggunakan teknik-teknik yang betul.

Sehingga kita berjumpa lagi di lain masa.:D

No comments:

Post a Comment