Powered By:-

BAGAIMANA MENDAPATKAN RM88,572.00 DENGAN MODAL HANYA RM70 SEKALI SEUMUR HIDUP? CLICK HERE..

Monday, March 29, 2010

ETIKA USAHAWAN INTERNET DENGAN PELANGGAN

Usahawan Internet yang baik bukan sahaja pandai mendapatkan pelanggan, tetapi juga pandai melayan dan menjaga kehendak dan hati pelanggan-pelanggannya. Malangnya, ada juga segelintir usahawan yang tidak mengendahkan langsung soalan-soalan dari email atau panggilan telefon daripada para pelanggannya.

Usahawan seperti ini patut ditinggalkan sahaja. Oleh itu, sebelum pengguna hendak mendapatkan khidmat mereka, pengguna hendaklah membuat penyelidikan sedikit sebanyak tentang khidmat yang diberi oleh mereka terhadap pelanggan sebelumnya.

Tidak dinafikan bahawa perkhidmatan seperti jualan barangan online atau khidmat servis di internet adalah satu bidang dengan saingan yang sengit. Bidang perkhidmatan ini memerlukan komitmen kewangan yang tinggi serta system layanan pelanggan yang berkualiti.

Mahu atau tidak, jika seseorang itu mahu menjadi usahawan internet, mereka terpaksa membaiki diri mereka dahulu atau menghadapi risiko ditinggalkan oleh pelanggan-pelanggan mereka.

Sekian sahaja tips untuk kali ini..:D

No comments:

Post a Comment