Powered By:-

BAGAIMANA MENDAPATKAN RM88,572.00 DENGAN MODAL HANYA RM70 SEKALI SEUMUR HIDUP? CLICK HERE..

Saturday, May 8, 2010

BAGAIMANA UNTUK MEMPEROLEHI PERSONALITI BERJAYA

Personaliti yang menonjol dan berjaya sangat penting kepada seseorang usahawan. Kejayaan seseorang itu dapat ditentukan menerusi tanda-tanda yang dapat dilihat dalam dirinya. Tanda-tanda tersebut ditunjukkan atau digambarkan menerusi personaliti mereka, dan personaliti seperti itulah yang dikatakan sebagai personaliti yang berjaya.
Personaliti berjaya yang dimaksudkan di sini adalah merupakan personaliti yang mempunyai ciri-ciri yang membolehkan seseorang itu mengendalikan sesuatu perkara atau keadaan dengan berkesan dan teratur di samping berkemampuan untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam hidup mereka.

Berikut digambarkan tentang beberapa ciri yang dimasuksudkan itu untuk dijadikan panduan dalam membentuk personaliti berjaya:-

a) Kebolehan Untuk Menentukan Arah Tujuan
Untuk mengelakkan diri kita daripada mengalami kekosongan dan kehampaan dalam kehidupan, adalah penting bagi kita untuk menetapkan dan memiliki satu matlamat yang bererti bagi diri kita.

Tetapkan apa yang kita kehendaki dalam hidup ini. Setelah matlamat tersebut ditetapkan, barulah kita dapat berusaha dan melaksanakan tidakan-tindakan untuk mencapainya.

b) Sanggup Menerima Kenyataan
Dengan sanggup menerima segala kenyataan mengenai kehidupan, kita akan dapat memahaminya dengan lebih jelas. Dengan pemahaman yang jelas itu pula akan membolehkan kita untuk bertindak dengan tepat.

Kita tidak seharusnya beranggapan bahawa diri kita memiliki hanya segala-gala yang baik dan betul sahaja sedangkan segala keburukan dan kesilapan berpunca daripada orang lain. Apa yang perlu ialah memperbetulkannya dan terus bergerak maju menuju matlamat yang telah ditetapkan.

c) Berani Untuk Bertindak
Sekadar hanya menentukan matlamat serta memahami diri sendiri adalah tidak mencukupi bagi seseorang itu untuk membentuk personaliti berjaya. Jadi, keberanian untuk bertindak perlu ada kerana dengan melalui tindakan sajalah sesuatu matlamat itu dapat dicapai.

Apabila kita telah mula bergerak, barulah kita akan dapat membetulkan keadaan diri kita. Adalah mustahil bagi kita untuk membetulkan kedudukan diri kita sekiranya kita tidak cuba untuk bergerak walau selangkah ke hadapan.

d) Menghargai Orang Lain
Orang-orang yang berjaya sentiasa mengambil berat tentang diri orang lain. Adalah menjadi satu kenyataan, jika kita menghargai orang lain, secara tidak disedari, kita juga akan menghargai diri kita. Imej diri yang baik adalah sangat penting bagi kita untuk mencapai kejayaan kerana tanpanya, kita tidak akan dapat melaksanakan sesuatu yangsepatutnya dilaksanakan oleh seseorang yang berjaya.

e) Memiliki Harga Diri
Kita mesti menerima sikap memperkecil-kecilkan kebolehan diri sendiri adalah tidak baik. Untuk memperoleh harga diri, berhentilah daripada menganggap diri anda seorang yang gagal dan tidak berguna. Menghargai diri sendiri bukan bermakna bersikap sombong dan mempunyai ego yang tinggi.

Oleh itu kita tidak perlu bersikap sombong untuk menghargai diri yang positif. Keyakinan diri terbentuk berasaskan kepada pengalaman-pengalaman yang berjaya. Ini dapat dilihat umpamanya apabila kita hendak melakukan sesuatu yang belum pernah kita lakukan.

f) Memiliki Keyakinan Diri
Keyakinan diri terbentuk atas pengalaman yang berjaya. Tidak kira sebesar mana kejayaan itu, ia pasti boleh digunakan sebagai asas kepada pembinaan keyakinan diri dalam diri seseorang itu. Tanpa keyakinan diri, seseorang itu tidak akan dapat melakukan sesuatu tindakan dengan berkesan.

g) Terima Hakikat Diri Sendiri
Orang yang bermasalah hidup di dunia ini adalah orang yang suka berpura-pura dengan menyembunyikan hakikat sebenar mengenai diri mereka. Suatu kejayaan atau kebahagiaan tidak mungkin akan dapat dinikmati sehingga seseorang itu berjaya menerima hakikat mengenai dirinya sendiri.

Oleh yang demikian, sama-samalah kita berusaha membina personaliti-personaliti tersebut dalam diri kita. Pastikan kita memiliki serta memastikan kejayaan menjadi milik kita. :D

Saturday, May 1, 2010

7 KUALITI YANG HARUS DIMILIKI OLEH SESEORANG USAHAWAN YANG BERJAYA

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, 7 kualiti yang bakal disebutkan ini haruslah dimiliki oleh anda:-

1. Kesegaran Fizikal
-Kesegaran fizikal ialah prasyarat untuk mental yang positif. Oleh itu, amalkan kebiasaan-kebiasaan hidup yang sihat seperti pemakanan yang baik, tidur yang cukup serta melakukan rekreasi serta senaman.

2. Keberanian
-Harus wujud dalam diri setiap lelaki atau wanita yang berjaya. Terutamanya dalam menjual, kerana perniagaan peringkat tinggi bersifat kompetitif.

3. Imaginasi
-Usahawan harus memiliki imaginasi yang memungkinkan untuk menempatkan dirinya dalam pemahaman yang bersimpati dengan kedudukan, keperluan danj tujuan daripada pelanggan.

4. Pidato
-Dalam berniaga, tawar-menawar dan memperkenalkan produk, kita hendaklah berbicara dengan jelas dan ucapkan perkataan dengan jelas. Suara yang perlahan menunjukkan seseorang itu lemah.

5. Keperibadian Yang Menyenangkan
-Usahawan perlu mengetahui cara membuatkan pelanggannya tertarik pada dirinya serta barangan yang ditawarkan.

6. Rasa Percaya Diri
-Dengan meletakkan keyakinan dan kepercayaan kepada diri sendiri serta penegasan yang berulang, dengan sendirinya ia akan menjadi suatu rancangan yang digunakan oleh kekuatan yang tidak terlihat untuk menolong seseorang usahawan itu mencapai sasarannya.

7. Kerja Keras
-Kerja keras adalah satu-satunya kualiti yang dapat mmengubah latihan dan kemampuan menjual menjadi wang. Tidak ada kesihatan yang baik, keberanian atau imaginasi yang berharga jika tidak diberi tindakan.

Oleh itu, jika anda ingin berjaya, anda perlulah memiliki kesemua kualiti yang telah dibincangkan seperti diatas. Sehingga kita berjumpa lagi..:D