Powered By:-

BAGAIMANA MENDAPATKAN RM88,572.00 DENGAN MODAL HANYA RM70 SEKALI SEUMUR HIDUP? CLICK HERE..

Tuesday, March 30, 2010

TEKNIK PENCARIAN PROFESIONAL MELALUI ENJIN PENCARI (SEARCH ENGINE)

Pada langkah permulaan, Enjin Pencari (Search Engine) seperti Google amat penting kepada para Usahawan Internet baru untuk memilih bisnes yang sesuai untuk diceburi.

Melalui pembacaan dan kajian saya, disini terdapat beberapa petua berkesan untuk mencari maklumat dengan lebih efisyen di internet:-

1. Belajar untuk berfikir melalui pencarian kita.
– Di sini kita perlu memikirkan kata kunci unik yang dapat melambangkan maklumat yang ingin kita cari. Kita juga perlu memikirkan cara yang terbaik bagaimana untuk mengaitkan kata-kata kunci ini melalui pencarian kita.

2. Cuba pencarian kita dengan enjin pencari meta.
-Enjin ini dapat memberikan kita peluang terbaik untuk kita mencari maklumat kerana ia menggunakan khidmat beberapa enjin pencari terkemuka serentak.

3. Gunakan 1 atau 2 enjin pencari am yang paling berkesan
-Contohnya Google atau Yahoo.

4. Gunakan direktori maklumat khusus.
-Apabila kita berjaya mencari “lombong emas” maklumat yang kita ingini, simpan lokasi direktori dengan “bookmark address” tersebut. Jadi maklumat yang kita ingini akan sentiasa di hujung jari sahaja.

5. Gunakan teknologi RSS Feed.
-Dengan kaedah ini, kita boleh mendapat sesuatu maklumat dan perkembangan berita terkini sesuatu laman web bermaklumat yang telah kita lawati secara berterusan.

Jadi saya percaya dengan menggunakan teknik-teknik di atas, pencarian kita tentang sesuatu maklumat akan menjadi mudah daripada pencarian tanpa menggunakan teknik-teknik yang betul.

Sehingga kita berjumpa lagi di lain masa.:D

Monday, March 29, 2010

ETIKA USAHAWAN INTERNET DENGAN PELANGGAN

Usahawan Internet yang baik bukan sahaja pandai mendapatkan pelanggan, tetapi juga pandai melayan dan menjaga kehendak dan hati pelanggan-pelanggannya. Malangnya, ada juga segelintir usahawan yang tidak mengendahkan langsung soalan-soalan dari email atau panggilan telefon daripada para pelanggannya.

Usahawan seperti ini patut ditinggalkan sahaja. Oleh itu, sebelum pengguna hendak mendapatkan khidmat mereka, pengguna hendaklah membuat penyelidikan sedikit sebanyak tentang khidmat yang diberi oleh mereka terhadap pelanggan sebelumnya.

Tidak dinafikan bahawa perkhidmatan seperti jualan barangan online atau khidmat servis di internet adalah satu bidang dengan saingan yang sengit. Bidang perkhidmatan ini memerlukan komitmen kewangan yang tinggi serta system layanan pelanggan yang berkualiti.

Mahu atau tidak, jika seseorang itu mahu menjadi usahawan internet, mereka terpaksa membaiki diri mereka dahulu atau menghadapi risiko ditinggalkan oleh pelanggan-pelanggan mereka.

Sekian sahaja tips untuk kali ini..:D

Monday, March 22, 2010

Name Meaning Behind the Entrepreneurs of Babylon.


Assalamualaikum and greetings to all visitors who read this blog.After trying hard, I find the idea a name for this blog, the blog name was born usahawanbabylon.blogspot.com

Why do I choose the name Babylon entrepreneurs? Non-Malay entrepreneurs, Chinese, Mat Salleh or others? One of the reasons why the name was chosen is because I get inspiration from the book entitled "Richhest man in Babylon". Revenue essay late George S Clason.

This book tells about Arkad, richest person in the richest civilization in the world when it tells about how his methods and experiences from a medium class people seek wealth so successfully become the richest nobleman in Babylon.

This book has inspired millions of people in this world to get out of financial problems that are shackling their daily lives and achieve their life dreams.So, with the name Babylon entrepreneur, I hope to get out of their own financial problems themselves. And to share tips with readers all business.

Lastly, may we together can achieve their dream life and I support you all are eager to support this blog.

Wiktionary friendship,
Sincerity of Admin bisneskomputer.com

Makna Di Sebalik Nama Usahawan Babylon.


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelawat yang membaca blog ini.Akhirnya setelah berhempas pulas saya mencari idea nama bagi blog ini, maka lahirlah nama blog usahawanbabylon.blogspot.com

Kenapa saya memilih nama usahawan babylon? Bukan usahawan Melayu, Cina, Mat Salleh atau sebagainya? Salah satu sebab kenapa nama ini dipilih adalah kerana saya mendapat inspirasi daripada buku yang bertajuk "Orang Terkaya Di Babylon". Hasil karangan mendiang George S Clason.

Buku ini mengisahkan tentang Arkad, orang terkaya di Tamadun yang paling kaya di dunia ketika itu menceritakan tentang kaedah dan pengalamannya bagaimana beliau dari seorang rakyat kelas sederhana berusaha mencari kekayaan sehingga berjaya menjadi seorang bangsawan yang terkaya di Babylon.

Buku ini telah memberikan inspirasi kepada berjuta-juta orang di dunia ini untuk keluar dari masalah kewangan yang sentiasa membelenggu kehidupan seharian masing-masing serta mencapai kehidupan impian mereka. Jadi, dengan nama usahawan babylon ini, saya sendiri berharap dapat keluar dari masalah kewangan sendiri. Dan dapat berkongsi tip-tip perniagaan dengan para pembaca sekalian.

Akhir kata,semoga kita sama-sama dapat mencapai impian hidup masing-masing dan saya amat berharap sokongan anda semua untuk menyokong blog ini.

Salam persahabatan ,
Ikhlas dari Admin bisneskomputer.com