Powered By:-

BAGAIMANA MENDAPATKAN RM88,572.00 DENGAN MODAL HANYA RM70 SEKALI SEUMUR HIDUP? CLICK HERE..

Wednesday, April 21, 2010

RAHSIA KEJAYAAN ZULKARNAIN (CYRUS THE GREAT)

RAHSIA KEJAYAAN ZULKARNAIN (CYRUS THE GREAT)

Salah seorang tokoh yang benar-benar memanfaatkan potensi dan kehebatan yang dikurniakan Allah S.W.T kepadanya adalah Zulkarnain. Zulkarnain telah berjaya menjelajah dan menguasai negara-negara di barat dan di timur ketika ribuan tahun yang lalu.

Keunggulan dan kehebatan Zulkarnain mempunyai sebab yang musabab. Antaranya ialah:-


1. Jelas Destinasi (Berwawasan)
-Wawasan Zulkarnain adalah menghapuskan kemungkaran dan menegakkan kebaikan di wilayah yang ditaklukinya.

2. Berfikiran Global (Mempunyai Misi)
-Dengan misi yang jelas menguasai dunia bagi menegakkan kebenaran dan keadilan, Zulkarnain akhirnya berjaya mencapai cita-citanya dengan pertolongan Allah S.W.T.

3. Memiliki Kompas Hidup (Bertakwa)
-Walaupun Zulkarnain menguasai timur dan barat, tetapi hawa nafsu tamak dan zalim tidak menguasai beliau. Ini menunjukkan betapa tinggi nilai takwa yang terdapat dalam hati Zulkarnain.

4. Sentiasa Mencari Dan Membuka Peluang (Berminda Strategik)
-Zulkarnain tidak menguasai dunia secara tergesa-gesa, sebaliknya berdasarkan perancangan yang rapi iaitu tidak mengharapkan kejadian yang luarbiasa bagi mencapai kejayaannya.

5. Menguasai Ilmu Besi Dan Tembaga (Menguasai Teknologi)
-Teknologi yang digunakan oleh Zulkarnain bagi membina tembok begitu hebat sekali sehingga gerakan Yakjuj dan Makjuj dapat dibendung. Ini menunjukkan ilmu dan teknologi penting untuk berjaya dalam hidup. Tanpa kedua-duanya, banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan sempurna.

6. Mendengar Dan Memahami (Berkomunikasai Secara Berkesan)
-Semasa menjelajah dunia, Zulkarnain dapat menentukan tindakan yang tepat di setiap kawasan kerana beliau sudi mendengar dan memahami setiap pendapat dan pandangan yang disampaikan kepadanya.

Oleh yang demikian, para Usahawan Internet yang ingin berjaya pada hari ini perlulah memanfaatkan formula-formula agung ini. :D

Saturday, April 10, 2010

15 PENYEBAB UTAMA KEGAGALAN BISNES DI INTERNET

Berdasarkan pembacaan dan kajian analisis yang telah saya lakukan, tragedi yang paling besar dalam kehidupan aadalah seseorang yang TELAH BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM BISNES INTERNET TETAPI MENEMUI KEGAGALAN.

Saya mendapati bahawa terdapat 15 penyebab uama kegagalan seperti berikut:-

1. Latar belakang keturunan yang tidak begitu baik.
-Kalau ada pun memang sedikit. Contohnya manusia yang lahir dalam kekurangan akal fikirannya.

2. Kurangnya tujuan hidup yang ditetapkan dengan baik.
-Orang yang tidak memiliki tujuan utama atau sasaran hidup yang pasti.

3. Kurangnya cita-cita untuk mencapai sasaran.
–Orang yang tidak mahu maju dalam kehidupannya.

4. Pendidikan yang tidak mencukupi.
-Orang yang berpendidikan adalah orang yang telah belajar bagaimana cara untuk mendapatkan apa yang diinginkan dalam hidup tanpa melanggar hak-hak orang lain.

5. Kurangnya displin peribadi.
-Jika kita tidak boleh menakluki diri sendiri, kita akan ditakluk oleh diri kita sendiri.

6. Rekod kesihatan yang tidak baik.
-Selalu mengambil sesuatu yang merosakkan kesihatan atau tidak menjaga kesihatannya.

7. Pengaruh persekitaran yang tidak menguntungkan di masa kanak-kanak.
-Kebanyakkan orang melakukan jenayah dan penipuan adalah akibat dari persekitaran yang buruk pada zaman kanak-kanaknya.

8. Suka menunda-nunda.
-Kebanyakkan manusia hidup sebagai orang gagal kerana selalu menunggu.

9. Kurang ketekunan dan kesabaran.
-Orang yang melakukan kerja dengan ketekunan dan kesabaran boleh mengalahkan kegagalan.

10. Keperibadian negatif.
-Tidak ada harapan kejayaan bagi seseorang yang menjauhkan orang lain melalui keperibadian negatif.

11. Keinginan tidak terkecuali untuk mendapatkan sesuatu tanpa mahu mengorbankan apa pun.
-Naluri berjudi dan pelaburan skim cepat kaya mendorong jutaan orang menemui kegagalan.

12. Kurang bersemangat.
-Kurang bersemangat untuk bekerja tidak boleh menyakinkan orang lain.

13. Memilih bidang yang tidak disukai.
-99 % manusia tidak akan berjaya dalam bidang yang tidak disukainya.


14. Menduga dan tidak berfikir.
-Kebanyakkan orang memilih untuk bertindak berdasarkan pendapat yang tercipta melalui dugaan atau penilaian sepintas lalu.

15. Mementingkan diri sendiri dan sombong.
-Kedua-duanya akan mendatangkan akibat buruk kepada kejayaan kerana masyarakat akan menjauhinya.

15 perkara di atas akan mendatangkan kebaikan jika kita mengelakkannya. Kebanyakkan orang tidak boleh melihat diri sendiri sepertimana orang lain melihat dirinya. Pastikan kita bukan salah seorang daripadanya. :D