Powered By:-

BAGAIMANA MENDAPATKAN RM88,572.00 DENGAN MODAL HANYA RM70 SEKALI SEUMUR HIDUP? CLICK HERE..

Wednesday, April 21, 2010

RAHSIA KEJAYAAN ZULKARNAIN (CYRUS THE GREAT)

RAHSIA KEJAYAAN ZULKARNAIN (CYRUS THE GREAT)

Salah seorang tokoh yang benar-benar memanfaatkan potensi dan kehebatan yang dikurniakan Allah S.W.T kepadanya adalah Zulkarnain. Zulkarnain telah berjaya menjelajah dan menguasai negara-negara di barat dan di timur ketika ribuan tahun yang lalu.

Keunggulan dan kehebatan Zulkarnain mempunyai sebab yang musabab. Antaranya ialah:-


1. Jelas Destinasi (Berwawasan)
-Wawasan Zulkarnain adalah menghapuskan kemungkaran dan menegakkan kebaikan di wilayah yang ditaklukinya.

2. Berfikiran Global (Mempunyai Misi)
-Dengan misi yang jelas menguasai dunia bagi menegakkan kebenaran dan keadilan, Zulkarnain akhirnya berjaya mencapai cita-citanya dengan pertolongan Allah S.W.T.

3. Memiliki Kompas Hidup (Bertakwa)
-Walaupun Zulkarnain menguasai timur dan barat, tetapi hawa nafsu tamak dan zalim tidak menguasai beliau. Ini menunjukkan betapa tinggi nilai takwa yang terdapat dalam hati Zulkarnain.

4. Sentiasa Mencari Dan Membuka Peluang (Berminda Strategik)
-Zulkarnain tidak menguasai dunia secara tergesa-gesa, sebaliknya berdasarkan perancangan yang rapi iaitu tidak mengharapkan kejadian yang luarbiasa bagi mencapai kejayaannya.

5. Menguasai Ilmu Besi Dan Tembaga (Menguasai Teknologi)
-Teknologi yang digunakan oleh Zulkarnain bagi membina tembok begitu hebat sekali sehingga gerakan Yakjuj dan Makjuj dapat dibendung. Ini menunjukkan ilmu dan teknologi penting untuk berjaya dalam hidup. Tanpa kedua-duanya, banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan sempurna.

6. Mendengar Dan Memahami (Berkomunikasai Secara Berkesan)
-Semasa menjelajah dunia, Zulkarnain dapat menentukan tindakan yang tepat di setiap kawasan kerana beliau sudi mendengar dan memahami setiap pendapat dan pandangan yang disampaikan kepadanya.

Oleh yang demikian, para Usahawan Internet yang ingin berjaya pada hari ini perlulah memanfaatkan formula-formula agung ini. :D

No comments:

Post a Comment